Rabu, Februari 10, 2010

Bilik Server

Bilik Server ....                              Pintu masuk ke bilik server... Dilarang Masuk Tanpa Kebenaran....

Server....
dikawal oleh Schoolnet. sebagai alat penerima dan kawalan antara komputer di sekolah... ( di dalam makmal dan bilik akses ) , kini dilengkapi dengan sistem   " WIFI " ...

Sistem Keselamatan


Peraturan Di Makmal Komputer...

Semua pengguna hendaklah membaca peraturan tersebut dan mematuhinya...









Alat Pemadam Api...

Langkah berjaga-jaga untuk menghadapi kebakaran kecil seperti lintar pintas dan sebagainya....









Sistem Penggera Keselamatan...

Ia amat sensitif... mengeluarkan bunyi  apabila pintu tidak ditutup dengan kemas.









Pelan Kebakaran Makmal Komputer....

Sudut Di Bahagian Dalam


Ruang Rak Buku... murid-murid yang membawa buku dan alat tulis diminta meletakkannya di rak tersebut.


Papan Kenyataan...      dilengkapi dengan carta organisasi, pelan kebakaran, jadual penggunaan, jadual murid bertugas, visi dan misi, no telefon jika ada kecemasan...



Sudut Aktiviti Murid di Makmal Komputer 2.... terdapat pelbagai hasil kerja murid yang menggunakan makmal komputer...


Ruang Pameran ..... antara perkakasan komputer yang dipamerkan adalah seperti hard disk, ram, cd, disket, speaker dan sebagainya.... ini bertujuan supaya murid dapat melihat sendiri perkakasan komputer seperti yang terdapat di dalam sesebuah komputer.




Baca dan gunakan saya...

Tempat buku pelawat dan buku log penggunaan makmal komputer.

Setiap pengguna ( guru ), terlebih dahulu mengisi buku log penggunaan. bagi pelawat pula, isi di dalam buku pelawat.






Buku Log untuk murid yang menggunakan komputer.
Sebagai contoh Buku Log PC 9..

Setiap murid diingatkan supaya mengisi buku log terlebih dahulu sebelum menggunakan PC..




Komputer Guru...
dilengkapi dengan LCD Projektor, Scanner, Layar Putih, Speaker dan juga Mesin cetak..






Komputer Murid...
terdapat 12 buah komputer murid.




Selasa, Februari 09, 2010

Welcome to ICT Lab 2...

Selamat Datang ke Makmal Komputer 2 SKJJ.... pemandangan di luar bilik ....

" Dunia IT Tanpa Sempadan " merupakan tema mural di bahagian utama bersebelahan pintu utama ...






Sejarah Perkembangan Komputer , bermula dari tahun 1940 sehingga kini ...






" estidotmy " , " zoom-a " , " eduwebtv.com " dan banyak lagi ...
antara laman pendidikan untuk guru dan murid ...

Isnin, Februari 08, 2010

VISI DAN MISI

VISI
Ke arah menjadikan guru dan murid SKJJ celik IT menjelang tahun 2012.


MISI
Menjadi pusat rujukan dan perkhidmatan pendidikan berasaskan Teknologi Maklumat terkini.

Sabtu, Februari 06, 2010

PIAGAM PELANGGAN

PIAGAM PELANGGAN


• Menjamin setiap pelajar layak mendapat pendedahan tentang dunia ICT.

• Mengurus dan mengemaskini fail serta buku stok Makmal computer dari semasa ke semasa.

• Menyelaraskan penggunaan makmal kepada guru dan murid pada masa yang ditetapkan.

• Sentiasa memelihara dan membaikpulih peralatan komputer yang telah rosak.

• Memantau penggunaan makmal komputer dari semasa ke semasa.

MATLAMAT DAN STRATEGI

MATLAMAT

Makmal Komputer diwujudkan bagi menjamin penjagaan dan keselamatan penggunaan segala peralatan ICT di dalam Makmal Komputer dengan konsep makmal ini boleh digunakan sebagai tempat rujukan, mencari maklumat dan sebagainya yang relevan bagi tujuan untuk mencapai segala maklumat tanpa batasan.

STRATEGI

Strategi untuk pengurusan Makmal Komputer sekolah yang cemerlang ialah:

1.1 pengurusan yang cekap.

1.2 kerjasama diantara AJK unit dengan guru-guru kelas

1.3 mendorong pelajar supaya sayangkan makmal komputer.

1.4 mengenakan denda kepada pelajar yang tidak mematuhi peraturan makmal komputer.

1.5 pelajar wajib menggantikan alatan komputer yang rosak atau yang hilang.

1.6 mewujudkan sistem fail Makmal Komputer – 4 fail wajib.

1.7 menguruskan Makmal Komputer dengan efisien.

RASIONAL DAN OBJEKTIF

RASIONAL

Pengurusan Makmal Komputer sekolah yang cemerlang akan mengoptimumkan penggunaannya pada setiap masa . Pengurusan Makmal Komputer yang cemerlang juga secara tidak langsung dapat mengelakkan gejala yang kurang sihat di sekolah . Setiap aktiviti dalam pengurusan Maklmal Komputer yang cemerlang di sekolah pada peringkat tertentu harus di laksanakan dengan efisien dan sistematik.

OBJEKTIF

Objektif unit Makmal Komputer ialah:

• Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi ICT.

• Mencetus minda pelajar melalui kaedah pembelajaran berkesan.

• Mewujudkan budaya celik IT.

• Melahirkan kesedaran dalam kalangan pelajar akan tanggungjawab, menanam rasa sayang akan peralatan komputer dan menghargai penggunaannya.

• Mewujudkan satu pasukan guru yang bertanggungjawab menguruskan penggunaan makmal komputer sekolah dengan lancar dan efisien.

PENDAHULUAN

PENDAHULUAN


Unit Makmal Komputer telah di tubuhkan di sekolah ini pada bulan Mac 2004. Unit ini bertujuan memberikan kemudahan kepada para guru khususnya dan pelajar umumnya untuk membuat sebarang kerja yang menggunakan teknologi maklumat. Oleh itu semua guru yang terlibat dalam unit ini wajar mengambil perhatian serta memikirkan perlaksanaan yang dapat meningkatkan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Di harap semua pihak yang terlibat dalam menguruskan Unit Makmal Komputer mempertingkatkan usaha agar pengurusan dan penggunaan Makmal Komputer dapat di capai. Usaha meningkatkan kualiti pengurusan Makmal Komputer ke arah pengurusan yang cemerlang oleh unit ini amat dialu-alukan